Hesy...
Patut ke aku cakap soal Leo Gabriel dengan tunang yang dia tersilap pinang tu? Patut ke aku ketawa bersama-sama Sophie atas kesilapan Leo Gabriel yang kekwat tu?
Heh...
Tak patut ketawakan orang.
Nanti terkena batang hidung aku pula!
“Lupakan tentang Leo Gabriel. Tutup buku pasal dia sebab dia tak ada kena mengena dengan aku. Kita buka cerita pasal Hardin. Itu... Masalah besar aku sekarang ni.”
“Kalau kau tak berminat untuk berkahwin dengan dia, kau tolak aje lamaran dia bila dia melamar kau malam tu nanti. Masa tu, kau dah dapat jadi pekerja tetap kan... Kau nak peduli apa. Itu yang kau nak. Kahwin jatuh nombor dua. Ya... Kau akan kahwin. Tapi kahwin... Tak semestinya dengan dia. Hati... Tak boleh nak paksa!”
Hmmm...
“Kenapa? Kau suka dia ke? Kau suka sardin dalam tin tu?”
“Taklah!”
“Dah tu, kenapa nak jadikan isu ini satu masalah besar, Yan? Mesti kau rasa bersalah untuk reject lamaran dia sebab... Dia dah banyak tolong kau? Dia selamatkan kau masa kat stor tu dulu... Dia bagi kau roti krim... Macam tu? Kau terlupa ke yang dia buli kau dengan teruk, dia bagi kerja banyak-banyak sampai kau terlupa untuk makan dan... Dia tak tetapkan jawatan kau sebab dia nak kau ada kat depan mata dia. Itu menyalahguna jawatan tau! Kau kena ingat, 10 keburukan yang dia dah pernah buat berbanding dengan roti krim tu.”
“Tiga tahun dia letak roti krim tu.”
“Dia rasa bersalah.”
“Hmmm...”
“Ketika kau keliru... Kau minta Allah pilihkan. Habis cerita. Okey, aku dah lambat. Aku nak gerak.”
Sophie bingkas bangun.
Eh...
Dia ni.
Nasihat macam tu...
Baik aku tanya pencetus ummah aje.
Untung-untung kahwin dengan pencetus ummah!
#cintatakjangka